"Symptom" of the broken heart
Apakah yang akan terjadi sekiranya,
Allah swt menarik sifat kesabaran yang ada dalam diri...
Pastinya, porak perandalah dunia. Pasti manusia menjadi bengis. Pasti manusia menjadi kejam. Pasti manusia menjadi tamak haloba. Pasti manusia menjahamkan satu sama lain. Pasti dan pastinya segala kemungkaran akan terjadi jika sifat ini ditarik.
Tertinggal satu, PASTI tiada lagi perasaan kasih sayang..
Bersyukurkah kita?
Dengan rasa kasihan Allah kepada hambaNya, dikurniakan sifat yang mampu membawa manusia berada di landasan syurga.
Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya
dengan hati, hati ada perasaan.
Lidah tidak ada perasaan, cuma ada
sentuhan.
Kasih sayang penyubur kesabaran..
Comments