Ekspressi aka warkah buat kejiranan

"Wira Damai."

Difahamkan kepada saya, ia diambil sempena "wira dah mai" dalam loghat Kedah yang bermaksud wira sudah datang. "Wira" di definisikan sebagai status bekas tentera yang telah bersara dan tinggal di kawasan kampung yang tercinta ini. Loghat tersebut begitu kerap didengari di kampung ini kerana majoriti pesara tentera disini berasal dari utara semenanjung. Kesemua penduduk kampung ini terdiri daripada bangsa melayu yang beragama Islam.

Cuma kebelakangan ini sudah mula dihuni oleh orang Indonesia.
Kampung Bahtera, Kampung Seri Tanggang, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Laksamana dan Pinggiran Seri Gombak merupakan jiran terdekat Kampung Ini. Kampung Seri Tanggang merupakan Kampung yang paling unik kerana penempatannya didirikan di lereng-lereng bukit Batu Caves. Pernah saya singgah sebentar di sebuah rumah yang terdapat disitu, dimana ketenangan, redup dan dingin dapat dirasai kerana berjirankan batu kapur. Namun Kampung ini telahpun dirobohkan kerana berstatus setinggan demi memberi laluan kepada projek pembangunan pusat rekreasi dan perumahan.
Teringat saya kepada Arwah Pak Long yang tinggal disitu. Beliau merupakan imam surau An-nur(kini berstatus masjid) suatu masa dahulu. Beliau berkacamata berbingkai tebal dan sering mengenakan jubah bewarna coklat. Rumahnya berdekatan padang, kadangkala bola selalu masuk ke kawasan rumahnya.
Kampung Melayu Wira Damai mempunyai lebih 600 buah rumah jenis berkembar setingkat. Rumah di label dengan menggunakan huruf dan nombor. Sebagai contoh, BlokA No 1. Setiap Huruf mempunyai 20 buah rumah. Oleh itu, A1 hingga A20 dan seternya. Tetapi terdapat beberapa blok yang telahpun melebihi 20 buah rumah. Rata-rata telah ditambah semenjak 10 tahun kebelakangan ini bagi menampung penduduk yang kian meningkat. Melalui pengamatan saya, terdapat juga rumah haram yang dibina disekitar kampung ini.
Puas saya mengGOOGLE mengenai sejarah kampung ini, namun carian saya tidak menemui sebarang petunjuk biarpun kampung ini telahpun wujud sejak 1985. Kajian yang saya jalankan banyak bergantung daripada cerita orang ramai dan juga dari ayah saya yang juga selaku penduduk asal sewaktu penerokaan tanah disini. Sedikit sebanyak beliau memberi saya petunjuk dalam penulisan ini.

Kenapa kampung ini boleh wujud?
Saya pasti, ramai tertanya-tanya mengenai kewujudan kampung ini. Setiap perkara yang ada, pasti bersebab. Begitu juga sebab mengapa nabi Adam diturunkan ke bumi. Penduduk asal kampung ini sebenarnya berasal dari Kampung Gombak Indah yang telah dihalau oleh pemilik tanah di kawasan tersebut. Dalam proses itu, penduduk kampung membuat aduan kepada wakil rakyat daerah Gombak pada ketika itu iaitu Datin zaleha. Atas simpati beliau, tanah kampung ini diberikan secara percuma sebagai bantuan kerana penduduk kampung pada masa itu tidak mempunyai sebarang tempat tinggal yang lain untuk diduduki. Tanah yang diberikan ini merupakan bekas lombong dan telah ditambak untuk membina penempatan baru.

Tanah Kampung ini telah diukur untuk dibahagikan samarata. Tetapi terdapat juga yang mendapat 2 unit lot tanah. Teradapat sedikit persilihan pendapat tentang perkara ini, namun ia tidak dibongkarkan sehingga kini kerana yang mengetahui hal ini ialah penduduk asal sahaja.


Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter