Posts

Pembaharuan

Tanggal 12 Jun 2010 merupakan tarikh yang agak istimewa dalam hidup aku. Pada hari tersebut juga bermulanya satu pekerjaan "makan gaji' yang baru bagi diri aku. Sebab aku katakan makan gaji kerana kerja tersebut memang aku dah lakukan secara part time diluar waktu kerja. Cuma berbezanya adalah rakan kerja, dan juga pelanggan. Rakan kerja rata2 professional, tak perlu nak disebutkan jawatan. Bermacam ragam perihal manusia dapat aku kenal. Mungkin agak pelik, kenapa aku mengatakan bahawa kerja baru yang agak memenatkan ini adalah suatu pekerjaan yang aku anggap istimewa. Ia sangat istimewa kerana aku sering dan perlu berinteraksi dengan setiap orang tanpa mengira pangkat. Aku boleh jalan2 kesana kemari dan juga dapat meluaskan lagi ikatan ukhwah. Kerja pada kali ini adalah sebagai support desktop utk lebih kurang 600 user. Masa pandu kereta pulang dari serendah tadi, aku terfikir sejenak tentang pekerjaan baru aku ni. Dahulu aku support untuk server. Tetapi pada kalini, support ...

Ingin bermula berdikari

Jam 10.30 tadi aku bersiap untuk ke Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pada mulanya, dalam pemikiran aku Subang Jaya merupakan tempat yang sibuk atau aku suka menggelarkan sebagai "Super Sibuk". Tanggapan aku meleset sama sekali kerana sepanjang perjalanan, trafik bergerak lancar. Semasa melalu jalan Persekutuan, aku masuk ke lorong motor. Sudah sekian lama tidak menggunakan lorong tersebut kerana kali terakhir ialah pada tahun 2003. Lorong motor tidak seperti dahulu lagi. Permukaan jalan lebih rata dan lebar. Cuma di beberapa kawasan masih lagi berlekuk. Dahulu lebih teruk, disetiap lorong pasti jalan berlekuk dan sempit. Setiba aku disana, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan. Maklumlah, satu apa tak reti. Aku terpaksa datang kesini kerana penukaran nama cukai pintu perlu dibuat dalam kawasan kerajaan tempatan. Selepas selesai, aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Sampai dirumah aku tertidur...

Aktiviti masa lapang

Image
Pada hari sabtu lepas, aku pergi ke Pusat pertuturan Kiu di Kampung Pandan. Sekolah khas untuk kanak-kanak yang kurang pendengaran. Kehadiran aku disana adalah untuk membantu mengecat bangunan sekolah tersebut. Pada hari tersebut, seramai 3 muslimin hadir bagi kerja-kerja mengecat dinding. Terdiri daripada Rahman, Hadi dan aku sendiri. Tidaklah cat untuk keseluruhan. Lebih kurang 40% bangunan ini di cat oleh Halaqian pada minggu lepas dan sambungannya pada kali ini. Aku tidak dapat menghadirkan diri pada program gotong royong yang lepas kerana hari tersebut jatuh pada hari aku bekerja. sukarelawan HALAQAH.NET sedang melakukan kerja kerja mengecat adik adik dari sekolah ini yang sedang tuisyen sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas calon-calon UPSR...doakanlah kejayaan mereka keseluruhan bangunan sekolah yang telah di cat Kredit to Rahmanw yang ambil gambar ni.

Latihan tanpa wayar

Image
Dari tajuk memang tak pasti apa maknanya. Sebenarnya pagi tadi aku pergi kursus mengenai Wireless LAN. Aku sedikit rasa kecewa sebab kursus itu lebih kepada pengenalan produk dan peluang perniagaan dalam rangkaian internet tanpa wayar. Aku suka berniaga, tapi aku kursus sebagai anak majikan. Jadi tetapan minda(mindset) tu aku ubah sekejap. hehe. Ada juga sedikit pendedahan mengenai teknologi terbaru yang sudah pun di lancarkan, cuma masih baru lagi di Malaysia. Ia adalah 802.11n. Kebiasaan wireless router yang kita beli di kedai komputer adalah berprotokolkan A,B dan G sahaja. Jika ada N pun itu merupakan versi belum dikemaskini atau pun lebih dikenali sebagai Draft. Protokol N mampu mengendalikan data 10 kali ganda dari biasa iaitu sehingga 600Mbps. G hanya 54Mbps sahaja. Network port pada komputer kita pun hanyalah 100Mbps. Pada program tersebut lebih banyak diterangkan bahawa suatu hari nanti wifi akan mengambil alih sistem rangkaian internet berwayar di komputer kita semua. Hurm, m...

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Image
Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya….. Sabda Rasulullah SAW ” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “ أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya ” ابركهن اقلهن مهرا “ Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya” Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud ) Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad ) Pagi ni aku buka halaqah, aku tertarik dengan tajuk yang macam aku tulis tajuk kat sini. Kadang aku fikir, tak kesian ke wanita kepada lelaki yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk berkahwin dengan si dia. Dan lelaki akan merasa tertekan pada masa yang sama perasaan itu tidak ditunjukkan dan akan mendiamkan diri. Aku cuba quote kan komen2 yang telah dibalas di tajuk ini. Apa pula kaitan tanggu...

Sebenarnya rindu

Malam tadi aku cuba meluahkan seperkara yang aku rasa sudah terlalu lama dipendam. Perkara itu satu sahaja, iaitu rindu. Aku rindu saat masa lalu bergurau senda, hidup semacam indah keluarga yang subur dengan kasih sayang sekalipun dialam maya. Hidup tanpa sempadan, tapi batas amat dititik beratkan. Aku luahkan pada beberapa hamba Allah. Nampaknya yang betul-betul faham adalah ustaz dan kak Wahida sebab mereka melalui sama seperti apa yang deria aku rasa, dengar dan alami. Aku rindu saat lalu walaupun aku hingga kini agak kurang pasti bilakah ianya akan terjadi semula. Hampir 4 tahun aku bersama halaqah.net yang sentiasa memenuhi ruang hidup yang penuh keceriaan. Ingat lagi suatu masa dulu dimana sering mengungkapkan "moga sihat dan ceria". Namun nampaknya agak tidak kelihatan. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada diri aku? ringkas dan mudah aku dah nampak sesuatu yang tidak biasa. Aku mencari konklusi, adakah penambahbaikan adalah boleh merubah segalanya. Bagi aku, inila...

Solo dan reaksi muka ketat dalam jemaah

Petang tadi aku tanya mak, mak buat goreng pisang ke kat dapur. Mak menjawab tidak kerana pisang yang ada masih terlalu mudah untuk dimasak. Tiba-tiba aku terasa yang aku merindui keledek goreng, lantas aku sampaikan keinginan aku kepada emak. Mujur keledek ada dan petang tadi mak sempat menggoreng keledek. Alhamdulillahh.. Keluar dari rumah, jiran aku teriak "Hai orang dah balik keje nak pergi keje ker.." Aku senyum dan menjawab yang aku kerja pada malam ni. Semasa enak memulas pendikit motosikal aku diatas jalanraya menuju ketempat kerja, sebuah kereta menghimpit aku pada susur ke Petaling Jaya. Pemandu kereta itu melambai tangan sebagai isyarat maaf. Sebenarnya aku tak ada rasa nak marah pun kerana jalan disitu agak sibuk.