Posts

Showing posts from 2007

Ingat pada yang tidak bernasib baik

Image
http://hikmatun.wordpress.com/ Baru-baru ini kita diperdengarkan kisah yang menghayat hati saudara-saudara kita diluar sana. Yang terdekat , banjir yang melanda di beberapa tempat di tanah air kita sendiri. Jika sekiranya kita berada di dalam golongan yang bernasib baik, ingat-ingat la sama kepada golongan yang bernasib malang terutamanya saudara sesama Islam kita. Bagi yang berada tu, cuba-cuba membantu dari segi fizikal kepada yang terdesak memerlukan kewangan. Bagi yang tak berapa berada, boleh sahaja mengiringkan doa yang tak putus-putus kepada golongan yang tidak bernasib baik. Jika sekiranya kali ini bukan giliran kita untuk bernasib malang, mungkin akan datang kita akan menerima nasib malang. Malang tidak berbau, sebab itu lah kita dianjurkan agar mengingati dan membantu golongan bernasib malang. Sekurang-kurangnya apabila giliran kita tiba nanti, akan ada yang menghulurkan bantuan, dengan limpah kurnia dari Allah. Tetapi ini tidak bermakna kita lakukan amal soleh ini kerana ...

Bila Dahi BErtemu Sejadah

Image
BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA, DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI, MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI.. BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA, ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU, KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, TERASA KERDILNYA DIRI, LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA, MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU, TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI, BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG, AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU.... BILA DAHI BERTEMU SEJADAH, HATI INI MERINTIH KEHINAAN, MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU, SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN, ADAKAH aku HANYA MANPU MELIHAT.... SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH, SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU, HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU, LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI, AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK, DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL...........

Jangan Benci Membenci

Image
JANGAN BENCI - MEMBENCI Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua ...

Cinta Umar al-Khattab kepada Rasulullah

Kisah Al-Quran - Siri 55 Cinta Umar al-Khattab kepada Rasulullah NABI itu (hendaklah) lebih utama bagi orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain menurut (hukum) kitab Allah, daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam kitab Allah. (al-Ahzab: 6) ORANG Islam perlulah mencintai Rasulullah melebihi cintanya kepada dirinya sendiri. Rasulullah pernah bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sebelum kamu mencintai aku lebih daripada kamu mencintai dirimu, hartamu, anakmu dan manusia sekalian.” Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, aku mencintai engkau melebihi segala-galanya kecuali cintaku kepada diriku sendiri.” “Tidak, ya Umar,” ja...

Mimpi Rasulullah SAW

Dari Abdurrahman bin Samurah berkata: Pada suatu hari keluar Rasulullah SAW menemui kami di suatu tempat, baginda berdiri lalu bersabda: “Malam tadi aku bermimpi tenteng suatu keajaiban. Dalam mimpiku itu, aku melihat seorang lelaki dari golongan umatku yang didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut nyawanya, maka datanglah amal kebaikan yang dilakukan oleh umatku itu kepada ibunya menolak malaikat maut itu. Aku melihat seorang dari umatku yang akan mendapat seksaan kubur, maka datanglah amal kebaikan dari wuduk yang dikerjakannya, menyelamatkannya dari seksaan tersebut. Aku melihat seorang dari umatku yang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka datanglah amal kebaikan dari zikirnya, maka larilah syaitan-syaitan itu. Aku melihat seorang dari umatku yang akan diseksa oleh malaikat azab, maka datanglah amal kebaikan dari solatnya, lalu menyelamatkannya dari malaikat azab itu. Aku melihat seorang dari umatku yang sedang dalam keadaan kehausan, setiap kali ia akan mendekati suatu pe...

Beringat lah kita

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia. 1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)? Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Setrusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia. Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut. PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www. bluemosquefater nity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja. 2) Bagaimanakah kita bol...

Lihat

Image
Assalamua'laikum warahmatullah hwabarakatuh. Baru-baru ini tersentuh hati melihat iklan yang dibuat oleh Petronas. Mari sama-sama kita menghayati seketika iklan yang ana lampirkan ini.. sajak dari bapa : Kuangkat yang berat tidak sikitpun kukatakan penat, ku timba yang sukar tiada pun aku berhenti, ku lihat yang senang namun aku terpaksa bersusah hanya untukmu ku mahu lihat anakku setia bersamaku, kasihku padanya tidak sikitpun aku susutkan, jiwa, hati, dan tanggungjawabku memimpin kejalan yang benar, jumpa kita di laman syurga.. Kasih sayang seorang ayah yang tak berbelah bahagi. adakah kita membalasnya dengan setimpal? Tepuk dada tanyalah iman.

We are we?

Image
The first cry: oh, Mother…Don’t die... You said you would prepare dinner….You were worried that I may get killed .Don’t die, Mother… Take my heart, my head, my blood, my life….. It is too soon to die Heartbroken Mother …. I die for you (to live) Crying for his mother The second cry: Mother’s breath falters and she says to her son: Don’t cry… I sacrifice for your life . The boy’s heart breaks with agony: Oh Lord, Oh Lord….Return me to her womb or to you, let us die together or let me die alone. My Lord, you willed to create me through her womb so that I grow up and see what I see…..Is it her blood or mine? Mother, hold fast It is not now (time of departure) You were to prepare dinner for me (Suddenly) the roar of fighter planes and explosions resound. Everything is shaking. The street gives out the odor of death and rubbles fly around, and bodies and shrapnel. Where is the nation of Laelaha Ellallah? Where are the Arabs? Where are they? The last cry: Voices no longer heard ...

Menjana Kehebatan Dalam Pergaulan

Image
Tazkirah dari email. Assalamualaikum wbrt Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Seterusnya.. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebel...

Rapatkan Saf! Jangan Kedekut Sejadah

Image
Fenomena semakin asingnya Sunnah dapat kita saksikan di dalam kehidupan seharian kita. Kita dapat saksikan di dalam sholat kaum muslimin di mana beberapa Sunnah telah dilupakan. Hal ini adalah Sunnatullah apabila kaum muslimin semakin malas untuk menuntut ilmu Syar’i. Oleh kerana itu, maka kebodohan akan menguasai mereka. Salah satu sunnah yang sering dilupakan adalah masalah Shaff sholat berjamaah. Kita dapat saksikan bersama kebanyakan Shaff kaum muslimin renggang dan tidak rapat. Padahal tidak jarang sebelum sholat Imam sudah mengingatkan agar shaff diluruskan dan dirapatkan. Mereka seringkali menganggap remeh di dalam masalah ini. Jangan Kedekut Sejadah

Kedamaian

Image
Hari Pertama di bulan Ramadhan menyaksikan seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa. Hari pertama ini juga kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke masjid bagi mengerjakan solat sunat tarawih. Masing-masing dengan niat yang sempurna untuk menambahkan amalan dibulan yang dijanjikan Allah untuk dilipat gandakan ganjaran pahala bagi mereka yang beribadah. Janji Allah sentiasa benar. Kita bercerita tentang "attitude". Nampaknya ada sebuah masjid di tempat ini menganjurkan tazkirah. Walaupun tazkirah ini pendek, tetapi ia penuh dengan ilmu yang padat. Yang menyedihkan, masa tazkirah inilah segelintir jemaah sedikit-demi sedikit meninggalkan masjid. Seolah-olah mereka ini macam terpaksa sahaja memakmurkan masjid atas niat tarawih berjemaah. Wallahua'lam.. Ustaz bercerita tentang kebesaran Allah. Kenapa bulan puasa di cipta oleh Allah? ia sebagai mengingatkan hambanya yang sering lupa akan tanggungjawabnya di dunia. Dan inilah masanya orang yang sekadar ambil berat tapi ta...

Lahirnya Ubuntu Muslim Edition

Image
Assalamualaikum wbt.. sungguh ku tidak sangka akan lahirnya OS ini. Ana memang tgh tunggu versi ini kerana negara arab banyak guna perisian Open Source. Diorang tak pakai sangan windows.. mari kita review sikit tentang teknologi ISLAM baru ini. UbuntuME adalah singkatan dari Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition adalah software bebas (free), sistem operasi open source yang berbasis distro popular Ubuntu Linux. Apakah keistimewaan Ubuntu Muslim Edition ini? Ia adalah satu-satu sistem operasi di dunia yang mengintegrasikan perisian Islam seperti waktu solat peralatan pembelajaran Quran, penapisan kandungan internet dan lain-lain. Edisi istimewa ubuntu ini begitu unik dengan pembaikan GUI, skrin awal yang kemas, GDM login, kertas didnding berunsur Islam dan Firefox bookmark untuk komuniti Muslim. Apa itu Ubuntu? Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular saat ini, direkabentuk dengan tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling banyak digunakan di...

Aku melihat dari aspek kemerdekaan

Image
Merdeka kah kita? Ya, kita merdeka dari jajahan kolonial dan sebagainya. Kita berbalik kepada zaman penjajahan, pelbagai perkara dijajah dan dibentuk untuk kita ikuti. Kehidupan di bumi sendiri menjadi seperti kehidupan di negara orang. Saat kemerdekaan, pelbagai perkara baru telah digubal bagi menyesuaikannya dengan masyarakat Malaysia yang asal. Maka Lahirlah perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat. Kita lihat pada aspek pendidikan, begitu kuatnya penentangan terhadap penggunaan bahasa rasmi di sekolah Tanah Melayu dalam memperjuangkan bahasa melayu sebelum kemerdekaan. Sehingga takut bangsa-bangsa lain mahu mempertikaikannya lagi setelah ia bentangkan. Lalu dengan rasmi bahasa melayu diANGKAT dan Di PRAKTIKKAN penggunaannya di seluruh negara. Namun, setinggi mana di julang ia bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan. kemudian, bagaimana dengan Bahasa Melayu sekarang? ia hanya di tabalkan secara rasmi sebagai bahasa rasmi negara Ma...

Berilah..

Image
Klik terus untuk derma. Sila baca dahulu butiran di : Lebih lanjut Blog Islamic Relief Malaysia web Islamic relief Malaysia

MENGAPA OH MENGAPA?

Image
MENGAPA OH MENGAPA? Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. .. ... tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... ... tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan? Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. .. ... tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... ... tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ... tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? Mengapa bila seseorang Kri...

Amalan minum air panas

Image
Terima kasih kepada siapa yang sudi mengirimkan artikel ini di kala saya yang dalam kesibukan. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik....

Detik ditegur bersujud

Image
Semasa ana sedang membaca hadith-hadith, ana terjumpa sebuah hadith yang mengingatkan ana kepada pesanan ayah ana kepada abang ana masa ana umur 8-9 tahun. Ayah hanya berkata, semasa bersujud, jangan jadi seperti anjing. Seperti kasar bunyinya, dan baru hari ini ana dapat tahu apa yang menyebabkan ayah berkata begitu. Mungkin ayah sudah jelaskannya, dan ana terlupa. Ana kongsikan kepada pembaca kenapa ayah ana berkata begitu : Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).” (hadith riwayat Muslim) Huraian Sebahagian daripada disiplin solat adalah melaksanakan setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat ya...

Masjid di Alicante

Image
Penulis meneruskan jelajah ke negara Sepanyol dari Palestin. Pada mulanya ingin menuju ke Lahsa di Tibet bagi kajian Muslim disana. Kajian telah melalui skop bagi negeri Kham dan Amdo yang terletak di utara dan timur Tibet. Tetapi bila difikirkan, seperti ada panggilan penting umat Islam di Sepanyol. Penulis tiba di Alicante airport pada jam 4 petang(waktu Malaysia). sebaik sampai sahaja, penulis diberi kunci kereta oleh seorang pemandu yang diberikan oleh rakan penulis. Penulis terus menuju ke tempat letak kereta. Baru sahaja sampai, penulis terpaksa melaburkan EURO 15 bagi menanggung bayaran letak kereta. Selepas itu, penulis memulakan perjalanan.. Muslim di Alicante, Sepanyol, tidak dapat melakukan lagi solat jamaah di masjid. Satu-satunya masjid milik mereka, Masjid Alicante, bakal ditutup oleh pihak tertentu di Sepanyol. Alasan penutupan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh pihak berkuasa tempatan. Dua pekan ini didiami Muslim telah menghantarkan surat permohonan penundaan ...

Perasmian blog peribadi

Assalamualaikum warahmatulah.. Sekadar cerita yang penulis lalui hari demi hari. Sebab rasanya tak sesuai jika pamerkan hal peribadi disini kerana objektif Nur Of Islam adalah membuka tirai kisah umat Islam di serata dunia dengan pengisian cara hidup, keamanan, kehidupan dan politik. Moga apa yang di hajati menjadi kenyataan. InsyaAllah... ok, penulis mahu meneruskan penjelajahan seterusnya.

Penemuan bernilai

Image
Kali ini penulis terbang secara maya ke negara Palestin, bumi yang sering ditindas oleh rejim zionis. Penulis melawat sekitar masjid Al-Aqsa(harap tak keliru dimana sebenarnya masjid itu(boleh rujuk posting terdahulu)). Sedikit maklumat yang penulis dapat dari seorang teman yang berjuang menentang musuh Islam. Saat ini, semua pihak menyadari bahwa Rejim Zionis lambat laun akan menghancurkan Baitul Maqdis. Rejim Zionis mendakwa, langkahnya itu bertujuan untuk membangunkan kembali Kuil Sulaiman yang berabad-abad lalu berdiri di bawah bangunan Masjid Al-Aqsha. Dalam pandangan kelompok radikal Yahudi, kerosakan itu merupakan syarat munculnya penyelamat utama. Namun hingga kini, rejim Zionis tidak mempunyai maklumat yang kukuh atas dakwaannya itu. Bahkan, kelompok Yahudi Ortodoks Baitul Maqdis beberapa waktu lalu menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsha adalah milik ummat Islam. Di samping itu, mereka juga mengecam kerosakan yang dilakukan Rejim Zionis terhadap masjid ini. Secara umum, sejumlah be...

Simpulan Sampul

Bismillah.. Lalu aku mendapat ilham, datangnya dari Allah. Agaknya dari doaku setiap hari.. Dengan ini, bermula la karya baru dari ana yang akan disiapkan dengan kudrat yang ada. InsyaAllah. Doakan ana. Sunggguh misteri cerita "Simpulan Sampul" ini. isinya, hanya akan diketahui kemudian apabila siap kelak. InsyaAllah. doakan ana yer.. Ada rakan bertanya kenapa "Simpulan Sampul"? sebab sampul itu adalah penutup segala isi-isi yang penting yang tersimpul didalamnya. Selagi ia tidak dibuka, ia kekal misteri. Jika ia hilang, lenyaplah apa yang diharapkan... sajak ku untuk Simpulan Sampul didalam satu simpulan: Pergi belayar menyelami isi hati, hati melayang mengingati kenangan yang indah, Bukan khayal yang merosakkan, Bukan lalai yang sentiasa rugi, Cuma sebuah jalan dari semua jalan. Bukanlah ku kejarkan sekadar keuntungan, Aku pilih demi mencari kebenaran, Ia adalah peringatan, untukku yang sentiasa alpa, di dunia yang sentiasa leka zamannya, dalam mengejar cinta Haki...

Hidupku

Image
Salam alaik.. maafla, harini posting lebih kepada peribadi. sebab tak tahu nak luah kat mana lagi cita ni.. Semalam genaplah satu bulan 2 minggu aku bekerja di server farm/datacenter Malaysia Technology Development Center(MTDC)-UPM. Berbagai perkara baru dapat aku belajar. Dari kosong, aku corakkan sedikit demi sedikit pengetahuan dalam bidang networking ni. Mula-mula masuk dulu rasa pening jer. Tengok buat configuration, ping sana sini trace cable, tape backup, server type, rack type, open zone switch, external punya, router yang besar, server tukun lembab, raid/scsi data, SAP dan firewall cisco yang aku tak pernah tengok seumur hidup depan mata dan juga server beharga lebih dari sejuta yang hanya sebesar 1m x 1m. Ditambah dengan kesejukan bilik server. Sekarang ni rasa da ok sikit sebab da biasa dan tak pakai baju sejuk lagi.. Dan sekarang aku pun sudah semakin memahami kerja-kerja di dalam ni. Mujur kerja aku ni mudah, tak pening nak fikir buat pelik-pelik macam programming(padahal ...

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Image
Saja nak kongsi. Melihat pada gambar di kiri ni, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut. Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak y...

Harry Porter

Salam ceria kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang menegakkan agama Islam bersama. Zaman modenan nampaknya sering mengelabui mata manusia-manusia yang sering sahaja menjadi bahana kelalain, kerugian dan kebodohan(3k) yang berpanjangan. Baru-baru ini lahirla sebuah novel yang dirasakan hebat dan termasyur. Tapi adakah kita merasakan ia begitu betul-betul hebat? Itu dia harry potter. Cerita mistik yang penuh dengan keajaiban. Apa yang dikesalkan adalah segelintir muslim yang hanya berusaha mendapatkan senaskah buku yang tak berfaedah itu. Inilah suatu daripada bentuk kepuasan yang tak disedari keburukannya. Kedai buku pula secara gila-gila menjual buku yang penuh dengan 3K tadi. Berpusu-pusu la manusia mendapatkannya. Cuba kita alihkan pula pandangan mata kita kearah kedai sebelah. Itulah dia kedai yang menjual kitab-kitab dan ilmu berunsurkan kefahaman Islam. Sedih, pilu dan terluka dek kelopongan dari buka kedai sampai tutup kedai. Yang menyedihkan ini adalah kebiasaan sebenarnya. ...

5 Perkara Indah Disebut

Image
Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang lima perkara iaitu : Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan ransangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kataorang tua, "kuman seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak kelihatan". Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dpaat memperbaiki kesilapan dan kekurangan kita. Menuding jari mengtakan orang tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tetapi 4 atau lebih lagi jari menuding kearah kita. Bermakna bukan orang itu buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan atau kekurangan diri kita sendir...

Aplikasi kelainan

Image
Baru-baru ini ana ada menghadiri sebuah bengkel penulisan novel di KL. Harap dapat kongsi sedikit ilmu yang melekat kat kepala ni kepada kesemua pembaca blog. Menulis ni adalah suatu perkara yang memerlukan sebuah pencetusan yang kritis. Namun ia tidaklah sebati dengan jiwaku. Tapi bila teringat balik tentang kelebihan yang Allah taala berikan kepada teman(saja tukar pula bhs perak) ni membuatkan teman berfikir panjang. Teman biasa buat kerja programming, lukisan vektor dan imaging skill. Secara jujur teman katakan tak pandai pun nak menulis blog apantah lagi menghasilkan novel(dengan izin Allah dapat juga memiliki sebuah novel sendiri). Teman berfikir tentang aplikasi dalam diri. Dimana aplikasi kelebihan yang teman ada ditempat yang lain pula yakni pada bentuk penulisan yang baik. Teman lihat pada bahasa programming teman perlukan sebuah idea utk menggerakkan penjanaan web. Teman sentiasa memikirkan supaya apa yang teman buat adalah mengikut citarasa ORANG LAIN. Teman perlu menjadika...

Tiupan Semangat Turki

Image
Mahkamah Persekutuan Turki pada semalam Khamis 5 Jun 2007 akhirnya menolak rayuan Presiden (Sekular) Turki Ahmad Najdat Qaisar dan partinya Parti Rakyat Republik Sosialis Demokrasi untuk membatalkan pindaan perlembagaan Turki yang di cadang oleh Kerajaan Turki dan Parlimen agar pilihanraya memilih Presiden adalah melalui pemilihan langsung oleh rakyat Turki. Enam dari 11 hakim menyokong membatalkan rayuan Presiden Ahmad tersebut.Ini bermakna calon aliran Islam bagi Presiden, Abdullah Ghoul dari Parti Keadilan dan Pembangunan akan mendapat laluan untuk bertanding jawatan Presiden Turki melalui pemilihan langsung dari rakyat Turki. Dengan kebangkitan dan kesedaran Islam yang semakin memuncak dikalangan rakyat Turki terutama golongan belia, Turki yang sekian lama diperintah dan dididik oleh kerajaan secular peninggalan Kamal Ataturk yang menjatuhkan Khilafah islam pada tahun 1924, kini akan menyaksikan perubahan pimpinan yang bersejarah. Sekiranya Abdullah Ghaul menjadi Presiden Turki, ma...

Buruk Sangka

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapu turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mecari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.. Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat2 mazmumah yang bersarang dihati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya menyatakan : "Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati" Riwayat Al-Bukhari Muslim Buruk sangka dibahagik...

Demam

Aku memacu laju motosikal ke tempat kerja. Kali ni aku lebih rasa perlu cepat sebab da lambat. Sampai je tempat kerja terus masuk ofis. Aku sebnarnya terlupa pada haritu nak bersyukur sebab selamat sampai. Kenapa la aku tak bersyukur dengan perlindungan yang diberikan Allah. Salam mak, minta duit, bawak wallet, handpon, pakai baju, pakai minyak rambut, kasut aku tak pernah lupa atau miss semenjak aku mula kerja. Terus aku berdoa supaya aku tak lupa lagi. Tiba masa aku perlu mula kerja. huh, kerja aku duduk je. kadang-kadang aku bosan, iaitu terlalu bosan tak tau nak buat apa. Dalam duk2 buka pc, aku chattin. Ramai juga kawan yang online. Agaknya diorang sume tu tgh buat apa ye. Tapi, aku bosan kembali. Dan mula lah aku merepek, memikirkan apa nak buat pada masa akan datang. Sepetang berlalu meninggalkan hiba Merintis air mata bak sekelopak bunga kemboja Kelu bila memikirkan siapakah ia Tidak ku harap Puteri yang indah rupawan Yang sentiasa menjadi idaman, para pemuda perasan Aku hanya ...

Mimpi Wanita

Image
Turn of pc Detik malam pukul 1 pagi ana masuk ke kamar tidur. Menutup lampu bilik, mencapai handphone di meja solek dan mendengar radio IKIM.FM. Bukak je, dengar hadis nabi riwayat bukhari dan muslim. Dengar la dejjay cakap arab yang satu pun aku tak paham. Tiba-tiba aku mendengar rentak muzik yang pernah aku dengar sebelum ini. Dan masa yang sama terasa asyik mendengar intro tiba ada laungan, "ibu...". Tersentap jiwa ni. Aku mula menjengah ke siling rumah. Memikirkan, apa itu sebenarnya ibu?. Aku terus dengar lagu tersebut. Kenapa aku letak gambar penguin bersama anaknya pula? Kenapa tak manusia? Sebab blog ini ditulis untuk manusia berfikir. Itulah kasih seorang ibu. Tidak mengenal hidupan. Haiwan juga bersikap pengasih. Kenapa kita tidak? Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tak pula kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu...

Zuhud vs Wahan

Image
Assalamualaikum wbt.. Jalanku yang masih panjang. Tapi berapa panjang? Allahualam.. Harini dapat sikit ilmu dari kak zaiti tentang penyakit wahan. Penyakit ini adalah penyakit yang serius yang doktor mahupun jururawat tak mampu mengubatinya. Wahan berdiri pada maksud "Cinta dunia dan takutkan mati". Sesungguhnya diri ni baru je kenal istilah ni. Sungguh cetek pengetahuan ku. Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu ...

Islam & Muslim

Image
Semua masyarakat Islam harus bijak memahami bahawa Islam adalah agama yang benar. Mengajar ilmu menerusi suluh Al-Quran, memandu akal manusia supaya kreativiti akal membawa kepada kebenaran. Kekuatan dan kelemahan pemeluknya bergantung setakat mana ilmu Islam difahami dan setakat mana ajaran Islam dihayati. Sekiranya Umat Islam tidak mempunyai Ilmu, nilai penghayatannya terhadap Islam menjadi rendah. Islam adalah cara hidup. Bukan sekadar meletakkan Islam sebagai kepercayaan atau agama semata-mata. Islam adalah suatu agama yang menghasilkan cara hidup yang menuntut umatnya mempunyai ilmu dan sentiasa mengamalkan. Penegasan, tidak hanya mencari ilmu. Tetapi mengamalkan setiap masa. "Sia-sia apabila menghabiskan masa membaca demi pengetahuan sedangkan tidak beramal soleh. Orang yang mengamati Al-Quran sedar Allah memuji ilmu yang bermanfaat, tetapi ia mesti diamalkan. Buktinya, Al-Quran banyak menyebut solat, puasa, zakat, jihad dan taqwa berbanding ilmu. perhatikanlah!." Islam...

Musuh-musuh Islam

Image
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam. Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan. Orang-orang Serb...

Ladang Tanaman

Image
Golongan yang benar-benar beriman adalah golongan yang menganggap dunia sebagai ladang tanaman untuk akhirat kelak. Mereka menginsafi setiap saat kehidupan di dunia sepertimana firman Allah swt yang bermaksud : "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan yemi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" An-'am ayat 32 Tidakkah kita merasainya? Barangan mewah, dunia. Apakah ertinya? itu kerja dunia yang bukan untuk akhirat. Bekalan yang sepatutnya yang difikirkan yang segalanya kerana Allah. Kaya harta bagaikan kosong sen! Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, perempuan yang gebu, tidur yang nyenyak dan gelaran yang kosong! Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan Sedangkan segala pemberian adalah ujian Mereka mendakwa...

Hayat Sedekah

Image
Hayat Sedekah. . .Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamr (kurma)" . (Bukhari dan Muslim) Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." (Surah At-Taubah-ayat 111) Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kese...